Pendaftaran Kemasukan
Anda dikehendaki membawa perkara di bawah semasa pendaftaran masuk :-
Kad Pengenalan
Surat rujukan dari doktor, jika ada
Untuk keselesaan anda, anda boleh membawa peralatan dan perkakasan mandian sendiri.
Bayaran Pendahuluan
Anda dikehendaki membuat bayaran pendahuluan semasa pendaftaran masuk.Bayaran pendahuluan adalah mengikut kategori bilik dan rawatan yang bakal anda terima.Bayaran pendahuluan boleh dibayar dalam bentuk wang tunai ataupun kad kredit.Antara alternatif lain seperti surat jaminan dari pihak majikan ataupun surat dari pihak insuran juga boleh diterima.
Pemilihan Bilik
Semua bilik mempunyai Penghawa Dingin dan Bilik Mandi, Telefon Persendirian dan Set Television juga terdapat di kesemua ruang bilik.Program Astro juga disediakan pada setiap bilik.
Barang-barang Berharga
Jangan tinggalkan atau membawa wang tunai atau sebarang barang berharga semasa anda dirawat di hospital. Pihak Hospital tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan barang berharga semasa anda berada didalam premis kami.
Waktu Melawat
Untuk keselesaan anda dan pesakit lain, kami menghargai kerjasama dari keluarga anda dan pelawat dengan mengikuti waktu lawatan yang ditetapkan.Sekiranya anda(pesakit) tidak mahu dikunjungi oleh pelawat,sila beritahu kepada jururawat yang bertugas.Waktu melawat adalah :-
Wad Biasa
11.00 am - 2.00 pm
5.00 pm - 9.00 pm
Unit Rawatan Rapi
7.00 am - 8.00 am
12.00 pm - 1.00 pm
5.00 pm - 9.00 pm
* (Hanya 2 orang pelawat sahaja dibenarkan melawat dalam satu masa)
Pendaftaran Keluar
Apabila doktor telah memberi kebenaran kepada anda untuk pulang kerumah, sila tunggu di dalam bilik anda sementara staf kami mengemaskini jumlah bil yang anda perlu bayar.Ini akan mengambil sedikit masa untuk mengenalpasti jenis rawatan yang anda telah terima, prosedur dan item-item yang telah digunakan dan telah dikemaskinikan.Staf di bahagian wad akan memaklumkan kepada anda sekiranya bil tersebut telah sedia.
Pembayaran
Pembayaran bil hanya boleh dijelaskan di kaunter pembayaran.Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai atau kad kredit.